SEKOLAH



 SEJARAH SEKOLAH



sejarah sekolah



Sekolah ini mula dibuka pada 10 Januari 1965 . Pada masa itu, sekolah ini belum mempunyai bangunannya sendiri dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar Endau.
       Pada bulan Januari 1966, murid-murid sekolah ini terpaksa belajar di Balai Raya Endau kerana tidak ada bilik-bilik kosong di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar Endau. Awal bulan Oktober 1967, merupakan tarikh yang menggembirakan kerana pada bulan itulah murid-murid sekolah ini pindah ke bangunannya sendiri yang ada sekarang. Bangunan itu terdiri daripada dua blok bangunan yang mengandungi lapan buah bilik darjah, sebuah milik makmal sains, sebuah bilik Seni Perusahaan dan sebuah bilik Sains Rumah Tangga. Sekolah ini diberi nama baru iaitu Sekolah Menengah Rendah Ungku Husin , sempena nama seorang kerabat Diraja Johor iaitu Ungku Husin Bin Ungku Abdul Rahman yang pernah berkhidmat sebagai PesuruhJaya Endau yang ke-3.
       Pada bulan September 1974, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan tambahan yang mengandungi enam buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, dua buah bilik makmal sains, sebuah pejabat dan sebuah kantin.
       Walau bagaimanapun, pembinaan bangunan tambahan itu tergendala. Akibatnya seramai lebih kurang 120 orang murid daripada tiga buah kelas tingkatan 1 terpaksa menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar yang jaraknya 3 batu dari sekolah yang asal. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1975. Manakala pada awal tahun 1976 pula,murid-murid tersebut menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau. Hanya pada bulan Mac 1976, barulah bangunan tambahan yang tergendala pembinaannya itu dapat disiapkan.





       PENGURUSAN PENTADBIRAN SMKUH 2011


Pengetua


EN. SAMADI BIN DURIAT


Guru Penolong Kanan 1


EN. MOHD SARIF ARIPEN B. YAHAYA


Guru Penolong Kanan HEM


EN. AMIRUDDIN B. MOHD AMIN


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum


EN. OTHMAN B. LONG


Guru Penolong Kanan Petang


EN. WAHAB B. IBRAHIM





                                                              OBJEKTIF SEKOLAH

MEMARTABATKAN SEKOLAH DENGAN MENINGKATKAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH
     MEWUJUDKAN IKLIM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SELESA BAGI MENINGKATKAN PRESTASI KURIKULUM
     MENCIPTA DAN MENGEKALKAN KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM




                                  MATLAMAT SEKOLAH


          SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU HUSIN DAPAT MELAHIRKAN INSAN   CEMERLANG YANG BERDAYA SAING TINGGI DALAM SAHSIAH, KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN




MISI DAN VISI SEKOLAH




VISI

                   SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG



MISI

 MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI








 LENCANA SEKOLAH

SMK UNGKU HUSIN


KETERANGAN LENCANA SEKOLAH
     





Warna
      Merah dan kuning merupakan warna kebanggaan sekolah yang melambangkan kegigihan, ketekunan dan kesungguhan.
     
Cogan kata
      Berilmu dan berjasa jelas mengingatkan setiap pelajar supaya meningkatkan ilmu pengetahuan seterusnya membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara.
     
Singa
      Simbol yang melambangkan keberanian, ketegasan dan keberanian menghadapi cabaran.
     
Bulatan
      Melambangkan semangat mulia dan perpaduan masyarakat sekolah yang berbilang bangsa.
     
Gear
      Simbol yang membawa pengertian sains dan teknologi penggerak kejayaan.
     
Puncak segitiga
      melambangkan misi dan visi sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.





LAGU RASMI SEKOLAH




Engkaulah pendukung cita-cita
Berkhidmat dengan semangat mulia
Menabur bakti membimbing kami
Menuju ke medan maju jaya

Kami belajar tekun berusaha
Demi mencapai hasrat mulia
Kesopanan serta keimanan
Akan kami kekalkan

Berilmu dan berjasa
Tunaikan hasrat Negara
Bersama kita berdoa
Semoga tercapai segalanya




SEKOLAH MENENGAH UNGKU HUSIN

BERILMU DAN BERJASA...




LOKASI SMK UNGKU HUSIN

SMK UNGKU HUSIN
JALAN HAJI ARIFFIN
86900 ENDAU
JOHOR 
Tel: 07-7943234 , Fax: 07-7942979