CERAMAH DAN MOTIVASI

    
NOTE-MAKING TIPS !

  1.  don"t write down everthing that you read or hear . be alert and attentive to main points
  2. notes should consist of key words or very short sentences
  3. take notes that will be of real value to you when you look over them at a later
  4. from standart punctiation and abbreviation menthod and stick to it, so as to ensure that what you write makes sense to you
  5. keep your notes short and to the point
  6. dont"t worry about missing a point
  7. keep notes in order and use a standart paper sizes.
 
  PERANCANGAN DAN JADUAL WAKTU

 Dalam rangka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anda, suatu strategi perancangan diri yang benar-benar komited amatlah dituntut supaya segala aktiviti pembelajaran dapat mendatangkan kesan yang diingini. perancagan diri yang ideal mestilah mengambil kira beberapa prinsip asas seperti berikut:




  • objektif pembelajaran yang jelas
  • merencanakan tindakan
  • menilai pencapaian-pencapaian yang telah sudah
  • menelah halangan-halangan yang mungkin timbul
  • menimba beberapa kemahiran yang berguna untuk pembelajaran seperti teknik-teknik ingatan , membaca cepat dan menyalin nota ringkas
  •  mendampingi mereka yang telah berjaya serta yang berdedikasi dan ingin berjaya
  • perjanjian dengan diri sendiri
  • yakin yang anda akan berjaya yakni sentiasa berfikiran positif

   KECEMERLANGAN

Ø     Kecemerlangan bermaksud kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Dalam islam kecemerlangan mempunyai keseimbangan antara dunia dan akhirat.Kita mestilah mengejar kedua-duanya untuk menjadai insan cemerlang yang sejati.



SYARAT-SYARAT UNTUK CEMERLANG

a)      ADA WAWASAN

Kita mesti ada wawasan dan matlamat untuk cemerlang supaya kita dapat bekerja dengan lebih selamat dan lebih tinggi minatnya.Kita mesti bekerja dan berusaha dengan penuh tekun,ikhlas dan rajin.Orang yang inginkan kecemerlangan mesti mempunyai keinginan yang tinggi ke arah itu.

b)      ADA ILMU

Setiap insan mesti mempunyai ilmu untuk cemerlang.Sejarah Nabi Muhammad s.a.w membuktikan bahawa baginda menjadi insan cemerlang setelah menuntut ilmu yakni mendapat wahyu.

c)      Ada kemahiran

Kemahiran adalah kenderaan untuk hidup di dalam dunia yang penuh dengan persaingan pada hari ini.Setiap insan perlu ada berbagai kemahiran supaya mereka berjaya dalam hidup dan dapat mengatasi segala masalah dan halangan dalam menuju hidup yang cemerlang.

d)      PENGURUSAN MASA

Kita mesti pandai mengurus masa supaya hidup kita bertambah maju dan penuh bermakna.Orang yang tidak mengurus masa dengan baik adalah orang yang akan rugi di dunia dan di akhirat.


HALANGAN UNTUK CEMERLANG

A)     TIDAK FAHAM KONSEP KECEMERLANGAN
B)     TIDAK ADA TUJUAN ATAU KEINGINAN UNTUK CEMERLANG
C)     PENGARUH KELUARGA,PERSEKITARAN DAN KAWAN
D)     SIKAP YANG SENTIASA NEGATIF DAN BERFIKIRAN NEGATIF
E)      TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DAN CONTOH DARI KELUARGA ATAU KAWAN-KAWAN YANG BERJAYA




BAHASA BADAN

Komunikasi dan juga perhubungan merupakan salah satu lumrah hidup sesama manusia.Kadangkala di antar sedar atau tidak,kita menggunakan bahasa badan yang sedikit sebanyak mengganggu emosi atau perasaan orang yang menerima maklumat tersebut.
Profesor Albert Mehrabian,pakar bidang motivasi peribadi telah membuat kajian penting mengenai 3 elemen asas dalam komunikasi melalui bukunya “ silent messages”.Beliau mendapati keberkesanan yang disampaikan adalah seperti berikut:
  1. Lisan ( perkataan yang ditutur ) = 7%
  2. Suara ( initasi dan nada ) = 38%
  3. Penglihatan (muka dan gerakan badan) = 55%


Ini menunjukkan bahwa bahasa badan memainkan peranan yang penting untuk seseorang membuat komunikasi.Kadang kala kita banyak membuat kesilapan dalam berkomunikasi seperti:


  1. Tidak mengarahkan wajah kita kepada orang yang kita sedang berhubung
  2. Tidak menyokong fakta dengan anggota badan
  3. Tidak menunduk ketika memberi hormat
  4. Tidak tersenyum ketika suasana gembira
  5. Kedudukan kaki dan tangan yangtidak sesuai pada keadaan dan tempat
  6. Berdiri sambil bercekak pinggang
  7. Menunjuk denganjari hantu atau kelingking
  8. Membuka mata terlalu luas atau pejam
  9. Terlalu banyak membuat pergerakan
  10. Terlalu kaku apabila berkomunikasi


Namun demikian,kesilapan dalam berkomunikasi seperti yang telah dinyatakan di atas boleh di perbaiki dengan:

  1. Yakin kepada kebolehan diri sendiri
  2. Selalu menghadiri majlis-majlis yang formal
  3. Menanam sikap bersopan santun semasa berkomunikasi
  4. Mengawal sifat pemalu ketika berkomunikasi di hadapan orang
  5. Menghargai setiap pandangan pandangan yang diberikan oleh orang lain
  6. Berfikiran terbuka




MAKANAN YANG MENINGKATKAN KUASA MINDA ANAK-ANAK

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk perkembanga fizikal danmental yang sihat.Orang dewasa perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada budaya makan anak-anak.Mereka perlu memberi engukuhan terhadap makanan yang berkhasiat,murah,bersih tetapi berkualiti.
Dalam islam pemakanan berkualiti melibatkan 3 syarat:
  1. HALAL - Makanan yang yakinnya halal tanpa was-was
  2. SEIMBANG - Mengikut kuantiti yang betul dan jenis makanan tersebut
  3. BERJADUAL – Amalan makan yang tidak mengikut jadual adalah kurang baik untuk kesihatan
dan minda


Untuk meningkatkan keupayaan minda anak-anak,ibu bapa perlulah memberi keutamaan kepada:

  1. Vitamin B kompleks untuk meningkatkan daya tumpuan semasa belajar
  2. Vitamin C yang dapat membantu mengurangkan stress terhadap anak-anak
  3. Lecitin,Colin dan Tirosin iaitu sejenis asid amino (protein) dari bijirin contohnya seperti kacang soya untuk menguatkan ingatan atau memoro pelajar-pelajar


Di samping itu,ibu bapa perlu melatih dan menjana minat anak-anak untuk memakan banyak sayur,ulaman dan buah-buahan tempatan yang begitu kaya dengan vitamin Cdan mineral surih yang penting untuk kekuatan minda.







MENANGANI STRESS

MAKSUD STRESS
  • Satu gangguan terhadap minda dan emosi,psikologi dan fizikal yang boleh mengganggu pembelajaran.Kesimpulannya ianya mengganggu tugas dan pelaksanaan tenggungjawab kita seharian dan juga boelh mengganggu kesihatan.


TANDA-TANDA SESEORANG PELAJAR MENGHIDAPI STRESS

  • Mudah tersinggung perasaan
  • Kurang menumpukan pelajaran
Mudah penat
  • Gangguan tidur
  • Tidak ceria/seronok
  • Kuat berkhayal
  • Sentiasa runsing

PUNCA STRESS

  • FIZIKAL – tak cukup riadah,kurang tidur dan juga pengurusan masa yang tidap cekap
  • MINDA dan PSIKOLOGI – gangguan fikiran kerana ugutan atau kegagalan membuat sesuatu
Perkara.
  • SOSIAL dan PERSEKITARAN – tempat belajar yang kotor,suasana yang bising dan juga
rakan-rakan yang mementingkan diri sendiri.



CARA UNTUK MENGATASI MASALAH STRESS

  • MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG
  • RIADHAH BERSAMA AHLI KELUARGA ATAU BERGAUL DENGAN RAKAN SEBYA YANG BOLEH KITA MELUAHKAN PERASAAN
  • ISTIREHAT MINDA DAN FIZIKAL AGAR DAPAT MENGURANGKAN TEKANAN