TOKOH IDOLA

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS




Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas
adalah seorang Cendekiawan Muslim , ahli falsafah Muslim dan Tokoh Melayu Terbilang 2011.Kini beliau menetap di Malaysia. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis berbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan Kesusasteraan Melayu Malaysia.

 Pendidikan dan masa kecil
Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor, Indonesia. Beliau telah menempuhi pendidikan awal pada usia 5 tahun di Johor, Malaysia, namun ketika saat pendudukan Jepun beliau telah pergi belajar ke Jawa untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Al-`Urwatu’l-Wuthqa.
Setelah Perang Dunia II pada tahun 1946 beliau kembali ke Johor semula untuk menyelesaikan pendidikan menengahnya. Beliau amat tertarik dan mempelajari sastera Melayu, sejarah, dan kebudayaan Barat. Saat kuliah di Universiti Malaya, Al-Attas menulis Rangkaian Ruba`iyat, sebuah karya kesusasteraan, dan Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. Dari sini beliau melanjutkan pengajian ke the Institute of Islamic Studies di McGill University, Montreal, Kanada. Pada tahun 1962 Al-Attas menyelesaikan pengajian pasca siswazah / sarjana di sini dengan thesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Al-Attas kemudian melanjutkan pengajian ke School of Oriental and African Studies, University of London di bawah bimbingan Professor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Thesis doktornya (1962) adalah studi tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.
Pada tahun 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Melalui institusi ini Al-Attas bersama sejumlah pelajar kolej dan mahasiswanya melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, serta memberikan respon yang kritis terhadap Peradaban Barat.
                                               

Tulisan Al-Attas

  • (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1972) Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
  • (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1978) Islam and Secularism ISBN 983-99628-6-8
  • (1980) The Concept of Education in Islam
  • (1988) The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi
  • (1989) Islam and the Philosophy of Science, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
  • (1990) The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
  • (1990) On Quiddity and Essence
  • (1990) The Intuition of Existence
  • (1992) The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
  • (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
  • (1994) The Degrees of Existence
  • (1995) Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
  • (2011) Historical Fact and Fiction
                                  IMAM SYAFIE

Nama sebenar Imam Syafie ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.Lahir di Ghaza,Palestin pada tahun 105 Hijrah.Berketurunan Quraisy Bani Hasyimi yang ada pertalian darah dengan Rasulullah s.a.w.Ayahnya meninggal dunia sejak kecil lalu dibawa oleh ibunya ke Mekah dan dibesarkan dalam suasana miskin oleh ibunya.
Sejak kecil lagi beliau rajin mengumpulkan tulang dan juga pelepah tamar untuk menulis di atasnya.Beliau belajar Feqah dari Mufti Mekah pada masa itu.Pada umur 13 tahun,beliau telah menghafal kitab “Muwatta” yang dikarang oleh Imam Malik.Pada umur 20 tahun,beliau dapat bertemu dengan Imam Malik.Imam Malik sungguh kagum dengan kesungguhan Imam Syafie dalam menuntut ilmu lalu Imam Malik mengambil Imam Syafie sebagai anak muridnya.Imam Malik berkata kepada beliau “Allah telah memasukkan cahaya ke dalam hatimu.Oleh itu,janganlah engkau memadamkannya dengan membuat maksiat”.Pada tahun 804,beliau berangkat ke mesir dan Syria dan mengajar ilmu Feqah selama 6 tahun di sana.Beliau menguasai Ilmu Feqah,hadis serta ilmu perubatan.Beliau juga seorang yang cekap memanah dan menunggang kuda.Beliau meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah pada umur 54 tahun.


RAHSIA BELAJAR KAEDAH IMAM SYAFIE

Berikut merupakan prinsip dan kaedah belajar yang diamalkan oleh Imam Syafie :
  1. PINTAR
  • Seorang murid atau pelajar hendaklah mempunyai asas kepintaran sebelum boleh menjadi seorang murid yang baik.Asas kepintaran adalah keupayaan serta kemahiran asas seperti membaca,menulis dan mengira.Seseorang yang pintar dapat belajar de3ngan cepat dan tepat.Kita sebagai seorang pelajar perlulah mempunyai kepintaran yang tinggi supaya dapat belajar dengan cepat dan dapat menguasai banyak ilmu.Faktor utama kepintaran adalah kesihatan dan pegangan agama yang baik.

  1. MINAT YANG TINGGI
  • Minat adalah perkara utama untuk kesempurnaan dan kelicinan pembelajaran.Minat yang tinggi dapat menjadi pendorong untuk seseorang pelajar itu berjaya dan lebih bersemangat.

  1. KESUNGGUHAN
  • Seorang murid perlu sentiasa bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam belajar.Murid dinasihatkan agar tidak lalai dan mengambil mudah segala suruhan dan pesanan guru.Kesungguhan akan menjamin keberkatan dan keberkesanan dalam belajar.



  1. HARTA YANG HALAL
  • Setiap murid perluy mendapat harta yang halal untuk membiayai pembelajarannya.Jangan sesekali mendapatkan sumber harta yang tidak halal kerana akan menyebabkan susah untuk menerima pelajaran.

  1. MESRA DAN SENTIASA MENDEKATI GURU
  • Seorang murid yang baik adalah seorang murid yang sentiasa disukai dan memberi khidmat kepada gurunya.Kita mesti menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang murid.Tingkah laku,percakapan dan niat kita mestilah sentiasa bersih lagi suci terhadap seorang guru.

  1. PERLU MASA YANG PANJANG
  • Belajar memerlukan masa yang panjang.Tidak ada jalan mudah bagi mendapatkan ilmu yang bermanfaat.Murid mesti bersifat tekun dan rajin sepanjang masa dan ketika untuk berjaya kerana belajar ini memerlukan masa yang panjang.